TAMPIN: Sebanyak empat buah rumah di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini, terjejas susulan kejadian banjir kilat, kira-kira pukul 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, banjir berkenaan bagaimanapun sudah mulai surut di tiga buah rumah.

Menurutnya, tiada pusat pemindahan di buka, namun pasukan bencana masih berada di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan semasa berikutan cuaca masih hujan.

“Buat masa ini tiada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara. Bagaimanapun, pasukan bencana sedang berada di lokasi banjir bagi memantau keadaan susulan hari masih hujan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu sebanyak 33 buah rumah di Felda Bukit Rokan, Gemencheh dekat sini terjejas dalam kejadian banjir kilat seawal pukul 4 pagi.- UTUSAN ONLINE

The post Felda Bukit Rokan Utara dilanda banjir appeared first on Utusan Digital.

By

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com