NEWCASTLE: Chelsea merasai nikmat bergelar pendahulu Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh dua tahun selepas menumpaskan Newcastle 2-0 sebentar tadi.

Skuad bimbingan Frank Lampard memimpin carta sekurang-kurangnya untuk beberapa jam, berterima kasih kepada gol sendiri Federico Fernandez pada babak pertama, diikuti jaringan Tammy Abraham di minit ke-65.

The Blues kini mengharungi sembilan perlawanan (semua pertandingan) tanpa kalah, malah tidak tewas dalam enam aksi terakhir liga.

Chelsea juga mencatat rekod tanpa bolos dalam enam perlawanan terakhir (semua pertandingan) selepas mencatat kemenangan liga ketiga berturut-turut.

Anak-anak buah Lampard berkongsi 18 mata bersama Leicester City, yang akan menentang juara bertahan, Liverpool pada pukul 3.15 pagi Isnin.

Tottenham pula mampu memintas kedudukan teratas jika mengalahkan Manchester City dalam pertembungan ‘dua gergasi’ di London pukul 1.30 pagi nanti. – AFP

The post Chelsea rasa nikmat bergelar pendahulu appeared first on Utusan Digital.

By

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com