PETALING JAYA: Tipu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien tidak dipecat dari UMNO, demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii.

Katanya, surat yang kononnya Menteri Luar itu dipecat yang tular hari ini adalah palsu.

“Hishammuddin tidak dipecat dari UMNO dan surat tersebut palsu.

“Tiada Mesyuarat MKT UMNO pada hari ini,” kata Razlan ketika ditanya mengenai perkara itu.

Surat yang telah tular bertarikh 11 Jun 2021 kononnya ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pelucutan keahlian serta merta Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Hishammuddin di bawah Fasal 10.6 Perlembangaan UMNO. – UTUSAN

The post Surat palsu, Hishammuddin tidak dipecat dari UMNO – Razlan appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor