NABLUS: Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin ditembak dengan peluru hidup, sementara, berpuluh-puluh individu lain diserang dengan tembakan gas pemedih mata semasa pertempuran di bandar Beita di Nablus.

Penduduk tempatan berkata, tentera Israel menggunakan peluru hidup dan peluru getah untuk menyerang penunjuk perasaan yang melakukan protes.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa yang diserang itu masih hidup atau sebaliknya.

Protes dianjurkan bagi menentang penjajahan berterusan Zionis Israel di Jabal Isbeih di bandar itu.

Dalam perkembangan sama, penduduk Palestin menunaikan solat berdekatan Jabal Sabih di Beita bagi menyatakan bantahan serta penolakan terhadap pembinaan bangunan milik Israel di kawasan itu, hari ini. -AGENSI

The post 5 rakyat Palestin ditembak appeared first on Utusan Digital.

Powered by WPeMatico

By editor