BUTTERWORTH: Empat anggota polis trafik telah menarik perhatian umum apabila membantu menolak bas kilang yang terhenti berhampiran Jalan Telaga Mas di sini pada Selasa petang.

Bas kilang itu tiba-tiba mengalami masalah enjin dan tidak dapat dihidupkan di lampu isyarat hingga menghalang lalu lintas lain.

Melihat masalah itu, keempat-empat anggota polis trafik itu membantu menolak bas kilang itu ke tepi jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di lampu isyarat.

Walaupun di bulan puasa dan dalam keadaan hujan, keempat-empat anggota polis bertindak melampaui tugas rasmi mereka dan mengambil inisiatif untuk memastikan kelancaran aliran lalu lintas.

Foto usaha mereka dimuat naik di Facebook dan sangat dipuji oleh banyak pihak.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asistem Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dia sentiasa menggalakkan anak buahnya bertindak melampaui tugas hakiki mereka terutama dalam membantu orang yang memerlukan pertolongan.

“Tugas kita bukan hanya untuk melindungi orang ramai dari kejahatan, tetapi juga untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan tidak kira apa pun,” katanya ketika dihubungi The Star.

The post Pekerti mulia di bulan puasa, empat anggota polis trafik tolak bas kilang appeared first on Utusan Digital.

By editor