JOHOR BAHRU: Lebih 200 pesakit kanser menerima kurniaan pulut kuning daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersempena ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-62 pada hari ini.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) sebelum diagihkan kepada lebih 200 penghidap kanser sekitar negeri ini.

Mereka yang menerima kurniaan itu adalah pesakit dan kakitangan di Wad Kanser Hospital Sultan Ismail, Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor Hospital Sultanah Aminah serta Kompleks Tunku Laksamana Johor Hospital Permai.

Pengagihan kurniaan pulut kuning telah disampaikan oleh kakitangan yang juga merupakan wakil YKTLJ kira-kira pukul 6 petang di tiga hospital tersebut.

YKTLJ telah diilhamkan oleh Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada 26 Jun 2015 bagi memberi bantuan kewangan serta perubatan kepada pejuang-pejuang kanser di Johor. – UTUSAN ONLINE

 

The post 200 pesakit kanser terima pulut kuning sempena Hari Keputeraan Sultan Johor appeared first on Utusan Digital.

By

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com